SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN YIPPI

Yippi (“Yippi,” “kita,” atau “kami”) menyediakan perkhidmatan pemesejan, panggilan Internet, pemesejan suara, panggilan video dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pengguna di seluruh dunia. Sila baca Syarat-syarat Perkhidmatan kami supaya anda faham akan cara penggunaan Yippi. Anda bersetuju dengan Syarat-syarat Perkhidmatan ("Syarat-Syarat") dengan memasang, mengakses atau menggunakan aplikasi, perkhidmatan, ciri, perisian atau laman web kami (secara bersama disebut, "Perkhidmatan").

TIADA AKSES KEPADA PERKHIDMATAN KECEMASAN: Wujud perbezaan penting antara Yippi dan talian telefon bimbit dan talian tetap anda serta perkhidmatan SMS. Perkhidmatan kami tidak menyediakan akses kepada perkhidmatan kecemasan atau penyedia perkhidmatan kecemasan, termasuk polis, balai bomba, atau hospital, atau sambungan kepada pusat panggilan keselamatan awam. Anda perlu pastikan anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan kecemasan berkaitan melalui talian telefon bimbit, talian tetap atau perkhidmatan lain.

BERKENAAN PERKHIDMATAN KAMI

 

Pendaftaran: Anda mesti mendaftar dengan Perkhidmatan kami menggunakan maklumat tepat, memberikan nombor telefon bimbit terkini anda, dan, jika anda menukarnya, kemas kini nombor telefon bimbit ini menggunakan ciri menukar nombor telefon di dalam aplikasi. Anda bersetuju untuk menerima mesej teks dan panggilan telefon (dari kami atau penyedia pihak ketiga) dengan kod untuk mendaftar untuk Perkhidmatan kami.

 

Buku alamat: Anda berikan kami nombor telefon pengguna Yippi dan kenalan anda di dalam buku alamat telefon bimbit anda secara biasa. Anda mengesahkan bahawa anda dibenarkan memberi kami nombor telefon berkenaan untuk menyediakan Perkhidmatan kami.

 

Umur: Anda mestilah berusia sekurang-kurangnya 14 tahun untuk menggunakan Perkhidmatan kami (atau usia lebih lanjut yang disyaratkan di negara anda untuk dibenarkan menggunakan Perkhidmatan kami tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa). Selain mempunyai usia minimum yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan kami di bawah undang-undang yang berkaitan, jika anda tidak cukup umur untuk mempunyai kuasa untuk bersetuju dengan Syarat-Syarat kami di negara anda, ibu bapa atau penjaga mestilah bersetuju dengan Syarat-Syarat kami bagi pihak anda.

Peranti dan Perisian: Anda mestilah menyediakan peranti, perisian dan sambungan data tertentu untuk menggunakan Perkhidmatan kami, yang mana tidak kami bekalkan. Selagi anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda membenarkan kami memuat turun dan memasang kemas kini kepada Perkhidmatan kami, termasuk secara automatik.

 

Fi dan Cukai: Anda bertanggungjawab ke atas semua pelan data pembawa dan fi serta cukai lain yang berkaitan dengan anda menggunakan Perkhidmatan kami. Kami mungkin mengenakan caj kepada anda untuk Perkhidmatan kami, termasuk cukai yang berkaitan. Kami mungkin menolak atau membatalkan pesanan. Kami tidak menyediakan bayaran balik untuk Perkhidmatan kami, kecuali yang disyaratkan oleh undang-undang.

POLISI PRIVASI DAN DATA PENGGUNA

 

Yippi prihatin akan privasi anda. Polisi Privasi Yippi menggambarkan amalan informasi kami (termasuk mesej), termasuk jenis informasi yang kami terima dan kumpul dari anda dan cara kami gunakan dan berkongsi informasi ini. Anda bersetuju dengan amalan data kami, termasuk mengumpul, menggunakan, memproses dan berkongsi informasi anda seperti yang digambarkan di dalam Polisi Privasi kami, serta pemindahan dan pemprosesan informasi anda kepada Amerika Syarikat dan negara-negara lain di seluruh dunia di mana kami menyediakan atau menggunakan perkhidmatan, penyedia perkhidmatan, atau rakan kongsi, tanpa mengira di mana anda menggunakan Perkhidmatan kami. Anda mengakui bahawa undang-undang, peraturan dan standard negara-negara di mana informasi anda disimpan atau diproses mungkin berbeza dengan yang ada di negara anda sendiri.

PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KAMI YANG BOLEH DITERIMA

 

Terma dan Polisi kami: Anda mestilah menggunakan Perkhidmatan kami mengikut Terma dan polisi kami yang telah disiarkan. Jika kami menyahdayakan akaun anda kerana mencabul Terma kami, anda tidak boleh mencipta akaun lain tanpa kebenaran kami.

 

Penggunaan Sah dan Boleh Diterima: Anda mestikan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang sah, dibenarkan dan boleh diterima. Anda tidak boleh menggunakan (atau membantu pihak lain menggunakan) Perkhidmatan kami dengan cara yang: (a) mencabul, menggelapkan atau, atau melanggar hak-hak Yippi, pengguna kami, atau pihak lain, termasuk privasi, publisiti, harta intelektual, atau hak-hak proprietari pihak lain; (b) salah di sisi undang-undang, lucah, memfitnah, mengugut, mengancam, mengganggu, membenci, menyinggung secara bangsa atau etnik, atau menghasut atau menggalakkan peri laku yang salah di sisi undang-undang, atau tidak wajar, termasuk menggalakkan jenayah ganas;(c) terlibat dalam menyiarkan dusta, gambaran yang salah, atau kenyataan yang mengelirukan; (d) menyamar sebagai seseorang; (e) terlibat dalam menghantar komunikasi yang salah atau tidak dibenarkan seperti mesej pukal, pemesejan automatik, pendailan automatik, serta yang mana suka; atau (f) terlibat dalam apa-apa penggunaan bukan peribadi Perkhidmatan kami kecuali telah dibenarkan oleh kami.

 

Mudarat ke atas Yippi atau Pengguna Kami: Anda tidak boleh (atau membantu pihak lain) mengakses, menggunakan, menyalin, mengadaptasikan, mengubah suai, menyediakan hasil kerja derivatif, mengedarkan, melesenkan, sublesen, memindahkan, memaparkan, melakukan, atau sebaliknya mengeksploitasikan Perkhidmatan kami dengan cara yang tidak dibenarkan atau tanpa kebenaran, atau dalam cara tertentu membebankan, melemahkan, atau menjejaskan kami, Perkhidmatan kami, sistem kami, pengguna kami, atau pihak-pihak lain, termasuklah anda tidak boleh secara terus atas secara automatik: (a) lakukan kejuruteraan songsang, ubah, mengubah suai, mencipta hasil kerja derivatif, menyahkompil, atau mengeluarkan kod dari Perkhidmatan kami; (b) menghantar, menyimpan, atau memindahkan virus atau kod komputer berbahaya melalui atau kepada Perkhidmatan kami; (c) mendapatkan atau cuba mendapatkan akses tidak disahkan kepada Perkhidmatan atau sistem kami; (d) mengganggu atau menggendalakan integriti atau prestasi Perkhidmatan kami; (e) membuat akaun untuk Perkhidmatan kami melalui cara-cara yang tidak sah atau automatik; (f) mengumpul informasi tentang atau berkenaan pengguna kami dengan apa-apa cara yang tidak dibenarkan atau disahkan; (g) menjual, menjual balik, menyewakan, atau mengenakan caj untuk Perkhidmatan kami; atau (h) mengedarkan atau menyediakan Perkhidmatan kami di jaringan di mana ia boleh digunakan oleh berbilang peranti serentak.

 

Menjaga Keselamatan Akaun Anda: Anda bertanggungjawab untuk memastikan peranti anda dan akaun Yippi anda selamat dan terjamin, dan anda mesti memberitahu kami dengan segera tentang sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan atau pelanggaran keselamatan akaun anda atau Perkhidmatan kami.

Perkhidmatan Pihak Ketiga

Perkhidmatan kami mungkin membenarkan anda mengakses, menggunakan atau berinteraksi dengan tapak web, aplikasi, kandungan dan produk-produk serta perkhidmatan pihak ketiga. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan sandaran data pihak ketiga (seperti iCloud atau Google Drive) yang disepadukan dengan Perkhidmatan kami atau berinteraksi dengan butang kongsi pada laman web pihak ketiga yang membolehkan anda menghantar maklumat kepada kenalan Yippi anda. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, terma dan polisi privasi mereka sendiri akan mengawal penggunaan perkhidmatan tersebut.

LESEN

 

Hak-Hak Anda: Yippi tidak menuntut pemilikan maklumat yang anda serahkan untuk akaun Yippi anda atau melalui Perkhidmatan kami. Anda mestilah mempunyai hak yang sepatutnya kepada maklumat yang anda serahkan untuk akaun Yippi anda atau melalui Perkhidmatan kami dan hak untuk memberikan hak dan lesen dalam Terma kami.

 

Hak Yippi: Kami memiliki semua hak cipta, tanda dagangan, domain, logo, pakaian perdagangan, rahsia perdagangan, paten, dan hak harta intelektual lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Anda tidak boleh menggunakan hak cipta, cap dagang, domain, logo, pakaian perdagangan, paten, dan hak harta intelektual kami kecuali anda mempunyai kebenaran kami secara sah

 

Lesen Yippi untuk Anda: Kami memberikan lesen terhad, boleh dibatalkan, tidak eksklusif, tidak boleh di sub lesenkan dan lesen tidak boleh pindah untuk menggunakan Perkhidmatan kami, tertakluk kepada dan mengikut Terma kami. Lesen ini adalah bertujuan untuk membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan kami, mengikut cara yang dibenarkan oleh Terma kami. Tiada lesen atau hak yang diberikan kepada anda secara tidak langsung atau sebaliknya, kecuali untuk lesen dan hak yang diberikan kepada anda secara khusus.

MELAPORKAN HAK CIPTA PIHAK KETIGA, TANDA DAGANGAN DAN PELANGGARAN HARTA INTELEKTUAL LAIN

 

Kami mungkin menamatkan akaun Yippi anda jika anda melanggar hak harta intelektual pihak lain secara berulang kali.

PENAFIAN

 

Anda menggunakan perkhidmatan kami atas tanggungan sendiri dan tertakluk kepada penafian berikut. Kami menyediakan perkhidmatan kami secara "seadanya" tanpa sebarang jaminan nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, tajuk, ketidakpelanggaran dan kebebasan dari virus komputer atau lain-lain kod berbahaya. Kami tidak menjamin bahawa apa-apa maklumat yang kami berikan adalah tepat, lengkap, atau berguna, bahawa perkhidmatan kami akan beroperasi, bebas ralat, selamat atau terjamin, atau perkhidmatan kami akan berfungsi tanpa gangguan, kelewatan, atau ketidaksempurnaan. Kami tidak mengawal, dan tidak bertanggungjawab untuk, mengawal cara atau waktu pengguna menggunakan perkhidmatan atau ciri, perkhidmatan, dan antara muka yang perkhidmatan kami sediakan. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak wajib untuk mengawal tindakan atau informasi (termasuk kandungan) pengguna kami atau pihak ketiga yang lain. Anda melepaskan kami, subsidiari kami, sekutu, dan para pengarah kami dan mereka, pegawai, kakitangan, rakan kongsi dan ejen mereka (bersama-sama disebut, "pihak Yippi") dari sebarang tuntutan, aduan, kuasa tindakan, kontroversi, atau pertikaian (bersama disebut, "tuntutan") dan ganti rugi, diketahui dan tidak diketahui, berkaitan dengan, yang timbul daripada, atau dengan apa-apa cara yang berkaitan dengan apa-apa tuntutan anda terhadap mana-mana pihak ketiga.

PEMBATASAN LIABILITI

 

Pihak Yippi tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk apa-apa kerugian atau kerosakan berbangkit, istimewa, punitif, tidak langsung, atau sampingan berkaitan dengan, yang timbul daripada, atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan terma kami, kami, atau perkhidmatan kami, walaupun pihak Yippi telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan sedemikian. Liabiliti agregat kami yang berkaitan dengan, yang timbul daripada, atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan terma kami, kami, atau perkhidmatan kami tidak akan lebih daripada satu ratus dolar ($100) atau amaun yang telah anda bayar kami dalam tempoh dua belas bulan yang lalu. Penafian yang disebut di atas tentang ganti rugi dan batasan liabiliti tertentu terpakai ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Undang-undang sesetengah negeri atau bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian atau pembatasan ganti rugi tertentu, jadi sebahagian atau semua pengecualian dan batasan yang dinyatakan di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Walau apa pun yang bertentangan dengan terma kami, dalam kes sedemikian, liabiliti pihak Yippi akan dihadkan sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan.

INDEMNIFIKASI

 

Anda bersetuju untuk mempertahankan, membayar ganti rugi dan pegang-lepas Pihak Yippi daripada dan terhadap semua liabiliti, ganti rugi, kerugian, dan apa-apa jenis perbelanjaan (termasuk yuran dan kos guaman yang munasabah) yang berhubungan dengan, yang timbul daripada, atau dengan apa-apa cara yang berkaitan dengan mana-mana yang berikut: (a) akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan kami, termasuk informasi yang disediakan berkaitan dengannya; (b) pelanggaran atau tuduhan pelanggaran Terma kami; atau (c) sebarang salah nyata yang dibuat oleh anda. Anda akan bekerjasama sepenuhnya seperti yang kami perlukan dalam pembelaan atau penyelesaian sebarang Tuntutan.

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

 

Undang-Undang yang Mentadbir: Undang-undang Malaysia mentadbir Terma kami, serta sebarang Pertikaian, sama ada di mahkamah atau timbangtara, yang mungkin timbul antara Yippi dan anda, tanpa mengambil kira konflik peruntukan undang-undang.

KETERSEDIAAN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN KAMI

 

Ketersediaan Perkhidmatan Kami: Perkhidmatan kami mungkin terganggu, termasuk untuk penyelenggaraan, pembaikan, naik taraf, atau kegagalan rangkaian atau peralatan. Kami mungkin menghentikan sebahagian atau semua Perkhidmatan kami, termasuk ciri-ciri tertentu dan sokongan untuk peranti dan platform tertentu, pada bila-bila masa. Kejadian di luar kawalan boleh menjejaskan Perkhidmatan kami, seperti kejadian dalam alam semula jadi dan kejadian force majeure yang lain.

Penamatan: Kami mungkin mengubah, menangguhkan, atau menamatkan akses anda atau penggunaan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa atas apa-apa sebab, seperti jika anda melanggar surat atau semangat Terma kami atau mencipta bahaya, risiko, atau kemungkinan pendedahan undang-undang bagi kami, pengguna kami, atau lain-lain.

Lain-Lain

·         Melainkan ada perjanjian yang sama-sama dipersetujui antara anda dan kami menyatakan sebaliknya, Terma kami membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan kami tentang Yippi dan Perkhidmatan kami, dan menggantikan sebarang perjanjian sebelumnya.

·         Kami mungkin meminta anda untuk bersetuju dengan terma tambahan bagi sesetengah Perkhidmatan kami pada masa akan datang, yang akan mengawal sejauh mana konflik antara Terma kami dan syarat tambahan itu.

·         Perkhidmatan kami tidak disasarkan untuk diedarkan atau digunakan di mana-mana negara di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan melanggar undang-undang tempatan atau akan mengenakan kami mana-mana peraturan di negara lain. Kami berhak untuk menghadkan Perkhidmatan kami di mana-mana negara.

·         Anda tidak boleh menggunakan atau memuat turun Perkhidmatan kami jika anda berada di negara larangan, dan anda tidak boleh menyembunyikan lokasi anda melalui proksi IP atau kaedah lain.

·         Terma-terma kami ditulis dalam Bahasa Inggeris (A.S.). Sebarang versi diterjemahkan diberikan hanya sebagai kemudahan untuk anda. Pada takat tertentu mana-mana versi terjemahan Terma kami bertentangan dengan versi Bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris berkuasa.

·         Sebarang pindaan kepada atau pengabaian Terma kami memerlukan persetujuan kami.

·         Kami boleh meminda atau mengemas kini Terma-Terma ini. Kami akan memberi anda notis pindaan kepada Syarat kami, sewajarnya dan mengemas kini tarikh "Terakhir Diubah Suai" di bahagian atas Terma kami. Penggunaan berterusan Perkhidmatan kami mengesahkan penerimaan anda terhadap Terma kami, seperti yang dipinda. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma kami, seperti yang dipinda, anda perlu berhenti menggunakan Perkhidmatan kami. Sila semak Terma-Terma kami dari semasa ke semasa.

·         Semua hak dan kewajipan kami di bawah Terma kami boleh diserahkan dari kami kepada mana-mana sekutu kami atau berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, penyusunan semula, atau penjualan aset, atau melalui operasi undang-undang atau sebaliknya, dan kami boleh memindahkan maklumat anda kepada mana-mana sekutu, entiti pengganti, atau pemilik baru kami.

·         Anda tidak boleh memindahkan mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Terma kami kepada orang lain tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu.

·         Tiada apa-apa dalam Terma-Terma kami yang menghalang kami daripada mematuhi undang-undang.

·         Kecuali seperti yang dijelaskan di sini, Terma kami tidak memberi pihak ketiga apa-apa hak benefisiari.

·         Jika kami gagal menguatkuasakan mana-mana Terma kami, ia tidak boleh dianggap sebagai pengecualian.

·         Jika mana-mana peruntukan Terma-Terma ini disifatkan melanggar undang-undang, tidak sah, atau atas apa-apa sebab tidak dapat dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap terhenti daripada Terma-Terma kami dan tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan yang selainnya.

·         Kami menyimpan semua hak yang tidak diberikan oleh kami kepada anda. Dalam bidang kuasa tertentu, anda mungkin mempunyai hak yang sah sebagai pengguna, dan Terma-Terma kami tidak bertujuan untuk membataskan hak yang sah pengguna seperti itu yang tidak boleh diketepikan oleh kontrak.

·         Kami sentiasa menghargai maklum balas anda atau cadangan lain tentang Yippi dan Perkhidmatan kami, tetapi anda memahami bahawa kami boleh menggunakan maklum balas atau cadangan anda tanpa sebarang obligasi untuk memberi pampasan kepada anda untuknya (sama seperti anda tidak mempunyai kewajipan untuk menawarkannya).


POLISI PRIVASI YIPPI

Menghormati privasi anda dikodkan ke dalam DNA kami. Sejak memulakan Yippi, kami bercita-cita untuk membina Perkhidmatan dengan prinsip privasi yang teguh.

Yippi menyediakan pemesejan, panggilan Internet, dan perkhidmatan lain kepada pengguna di seluruh dunia. Polisi Privasi kami membantu menerangkan amalan informasi kami (termasuk mesej). Sebagai contoh, kami bercakap tentang maklumat yang kami kumpul dan cara ia memberi kesan kepada anda. Kami juga menerangkan langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi privasi anda - seperti membina Yippi supaya mesej yang dihantar tidak disimpan dan memberi anda kawalan ke atas siapa yang berkomunikasi dengan anda di Perkhidmatan kami.

Apabila kami menyebut "Yippi," "kami," atau "kita," kami bercakap tentang Yippi. Polisi Privasi ini ("Polisi Privasi") terpakai bagi semua aplikasi, perkhidmatan, ciri, perisian dan tapak web kami (bersama-sama disebut, "Perkhidmatan") kecuali dinyatakan sebaliknya.

MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL

 

Yippi menerima atau mengumpul maklumat apabila kami mengendali dan menyediakan Perkhidmatan kami, termasuk semasa anda memasang, mengakses, atau menggunakan Perkhidmatan kami.

MAKLUMAT YANG ANDA BERI

·         Maklumat Akaun Anda: Anda memberikan nombor telefon bimbit anda untuk mencipta akaun Yippi. Anda memberikan kami nombor telefon dalam buku alamat mudah alih anda secara teratur, termasuk kedua-dua pengguna Perkhidmatan kami dan kenalan anda yang lain. Anda mengesahkan bahawa anda diberi kuasa untuk memberi kami nombor berkenaan. Anda juga boleh menambah maklumat lain ke akaun anda, seperti nama profil, gambar profil, dan mesej status.

·         Mesej anda: Kami tidak menyimpan mesej anda dalam cara biasa untuk menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda. Sebaik sahaja mesej anda (termasuk sembang, foto, video, mesej suara, fail, dan maklumat lokasi yang dikongsi) dihantar, ia akan dipadamkan dari pelayan kami. Mesej anda disimpan pada peranti anda sendiri. Sekiranya mesej tidak dapat dihantar dengan serta-merta (contohnya, anda berada di luar talian), kami mungkin menyimpannya di pelayan kami sehingga 30 hari apabila kami cuba menghantarnya. Sekiranya mesej masih tidak dihantar selepas 30 hari, kami akan memadamkannya. Bagi meningkatkan prestasi dan menyampaikan mesej media dengan lebih cekap, seperti ketika ramai orang berkongsi foto atau video yang popular, kami mungkin menyimpan kandungan tersebut di pelayan kami untuk tempoh yang lebih lama. Kami juga menawarkan penyulitan hujung-ke-hujung untuk Perkhidmatan kami (penyulitan hujung-ke-hujung bermaksud mesej anda disulitkan untuk perlindungan dari kami dan pihak ketiga daripada membacanya).

·         Sambungan Anda: Bagi membantu anda menyusun cara anda berkomunikasi dengan pihak lain, kami mungkin membuat senarai kegemaran kenalan untuk anda, dan anda boleh membuat, menyertai, atau disertakan ke dalam senarai kumpulan dan siaran, dan kumpulan dan senarai tersebut akan dikaitkan dengan maklumat akaun anda.

·         Sokongan Pelanggan: Anda boleh memberi kami maklumat yang berkaitan dengan cara anda menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk salinan mesej anda, dan cara menghubungi anda supaya kami dapat memberikan sokongan pelanggan kepada anda. Contohnya, anda boleh menghantar e-mel kepada kami dengan maklumat yang berkaitan dengan prestasi aplikasi kami atau isu-isu lain.

MAKLUMAT TERKUMPUL SECARA AUTOMATIK

·         Maklumat Penggunaan dan Log: Kami mengumpul maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan, diagnostik, dan prestasi. Ini termasuk maklumat tentang aktiviti anda (seperti cara anda menggunakan Perkhidmatan kami, cara anda berinteraksi dengan pihak lain menggunakan Perkhidmatan kami, dan sebagainya), fail log, dan diagnostik, gendala, laman web dan log dan laporan prestasi.

·         Maklumat Transaksi: Jika anda membayar untuk Perkhidmatan kami, kami mungkin menerima maklumat dan pengesahan, seperti resit pembayaran, termasuk dari kedai aplikasi atau pihak ketiga lain yang memproses pembayaran anda.

·         Maklumat Peranti dan Sambungan: Kami mengumpul maklumat khusus peranti apabila anda memasang, mengakses, atau menggunakan Perkhidmatan kami. Ini termasuklah maklumat seperti model perkakasan, maklumat sistem pengendalian, maklumat pelayar, alamat IP, maklumat rangkaian mudah alih termasuk nombor telefon, dan pengecam peranti. Kami mengumpul maklumat lokasi peranti jika anda menggunakan ciri lokasi kami, seperti ketika anda memilih untuk berkongsi lokasi dengan kenalan anda, melihat lokasi berdekatan atau lokasi yang telah dikongsi dengan anda, dan sebagainya, dan untuk diagnostik dan tujuan pencarisilapan seperti ketika anda menghadapi masalah dengan ciri lokasi aplikasi kami.

·         Kuki: Kami menggunakan kuki untuk mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan kami, termasuk menyediakan Perkhidmatan kami yang berasaskan web, meningkatkan pengalaman anda, memahami cara Perkhidmatan kami digunakan, dan menyesuaikan Perkhidmatan kami. Contohnya, kami menggunakan kuki bagi menyediakan Yippi untuk web dan desktop dan lain-lain perkhidmatan berasaskan web. Kami juga mungkin menggunakan kuki bagi memahami mana satu Soalan Lazim kami paling popular dan bagi menunjukkan kepada anda kandungan berkaitan yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Di samping itu, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengingati pilihan anda, seperti pilihan bahasa anda, dan sebaliknya untuk menyesuaikan Perkhidmatan kami untuk anda. 

·          Maklumat Status: Kami mengumpul maklumat tentang perubahan mesej dalam talian dan status anda dalam Perkhidmatan kami, seperti sama ada anda dalam talian ("status dalam talian" anda), kali terakhir anda menggunakan Perkhidmatan kami ("status terakhir dilihat" anda), dan kali terakhir anda mengemas kini mesej status anda.

MAKLUMAT PIHAK KETIGA

 

·         Maklumat Anda Yang Diberi Pihak Lain: Kami menerima maklumat yang diberi orang lain, yang mungkin termasuk maklumat tentang anda. Contohnya, apabila pengguna lain yang anda kenali menggunakan Perkhidmatan kami, mereka mungkin memberikan nombor telefon anda dari buku alamat mudah alih mereka (sama seperti yang anda mungkin berikan nombor mereka), atau mereka mungkin menghantar mesej kepada anda, menghantar mesej kepada kumpulan yang anda sertai, atau menghubungi anda.

·         Pembekal Pihak Ketiga: Kami bekerjasama dengan pembekal pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami. Contohnya, kami bekerjasama dengan syarikat untuk mengedarkan aplikasi kami, menyediakan infrastruktur, penghantaran, dan sistem-sistem lain, membekalkan maklumat peta dan tempat, memproses bayaran, membantu kami memahami cara orang menggunakan Perkhidmatan kami, dan memasarkan Perkhidmatan kami. Pembekal-pembekal ini mungkin memberi kami maklumat tentang anda dalam keadaan tertentu; contohnya, kedai aplikasi mungkin memberi kami laporan untuk membantu kami mendiagnosis dan menyelesaikan masalah perkhidmatan.

·         Perkhidmatan Pihak Ketiga: Kami membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan kami berkaitan dengan perkhidmatan pihak ketiga. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami dengan perkhidmatan pihak ketiga sedemikian, kami mungkin menerima maklumat tentang anda dari mereka. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, terma dan polisi privasi mereka sendiri akan mengawal penggunaan perkhidmatan tersebut.

 

CARA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT

 

Kami menggunakan semua maklumat yang kami ada untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami.

·         Perkhidmatan-Perkhidmatan Kami: Kami mengendali dan menyediakan Perkhidmatan, termasuk menyediakan sokongan pelanggan, dan memperbaiki, membetulkan, dan menyesuaikan Perkhidmatan kami. Kami memahami cara orang menggunakan Perkhidmatan kami, dan menganalisis serta menggunakan maklumat yang kami ada untuk menilai dan meningkatkan Perkhidmatan kami, menyelidik, membangun, dan menguji perkhidmatan dan ciri baru dan menjalankan aktiviti pencarisilapan. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk beri tindak balas kepada anda apabila anda menghubungi kami. Kami menggunakan kuki untuk mengendali, menyediakan, memperbaiki, memahami, dan menyesuaikan Perkhidmatan kami.

·         Sekuriti dan Keselamatan: Kami mengesahkan akaun dan aktiviti, dan menggalakkan sekuriti dan keselamatan di dalam dan di luar Perkhidmatan kami, seperti dengan menyiasat aktiviti mencurigakan atau pencabulan Terma kami, dan memastikan Perkhidmatan kami digunakan secara sah.

·         Komunikasi Tentang Perkhidmatan Kami dan Kumpulan Syarikat Berhad Toga:  Kami berkomunikasi dengan anda tentang Perkhidmatan dan ciri-ciri kami dan memberitahu anda tentang terma dan polisi kami dan kemas kini penting yang lain. Kami mungkin memberikan anda pemasaran Perkhidmatan kami serta dari Kumpulan Syarikat Toga Berhad , yang kini menjadi sebahagian daripada kami.

·         Iklan Pihak Ketiga Tidak Dibenarkan: Kami tidak membenarkan iklan sepanduk pihak ketiga di Yippi. Kami tidak mempunyai niat untuk memperkenalkannya, tetapi jika dilakukan, kami akan mengemas kini dasar ini.

·         Permesejan Komersial: Kami akan membolehkan anda dan pihak ketiga, seperti perniagaan, untuk berkomunikasi dengan satu sama lain menggunakan Yippi, seperti melalui pesanan, urus niaga, dan maklumat janji temu, pemberitahuan penghantaran dan pengiriman, kemas kini produk dan perkhidmatan, dan pemasaran. Contohnya, anda mungkin menerima maklumat status penerbangan untuk perjalanan yang akan datang, resit untuk sesuatu yang anda beli, atau pemberitahuan apabila penghantaran akan dibuat. Mesej yang mungkin anda terima berkenaan pemasaran mungkin termasuk tawaran untuk sesuatu yang mungkin menarik minat anda. Kami tidak mahu anda melalui pengalaman spam; seperti semua mesej, anda boleh menguruskan komunikasi ini, dan kami akan menghormati pilihan yang anda buat.

 

MAKLUMAT ANDA DAN KAMI KONGSI

 

Anda berkongsi maklumat anda semasa anda menggunakan dan berkomunikasi melalui Perkhidmatan kami, dan kami kongsi maklumat anda untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami.

·         Maklumat Akaun: Nombor telefon anda, nama profil dan foto, status dalam talian dan mesej status, status terakhir dilihat, dan resit mungkin tersedia untuk siapa saja yang menggunakan Perkhidmatan kami, namun anda boleh aturkan tetapan Perkhidmatan anda untuk menguruskan maklumat tertentu yang tersedia kepada pengguna lain.

·         Kenalan Anda dan Lain-Lain: Pengguna yang berkomunikasi dengan anda boleh menyimpan atau berkongsi semula maklumat anda (termasuk nombor telefon atau mesej anda) dengan pihak lain di dalam dan di luar Perkhidmatan kami. Anda boleh menggunakan tetapan Perkhidmatan dan ciri sekat dalam Perkhidmatan kami untuk menguruskan pengguna Perkhidmatan kami yang berkomunikasi dengan anda dan maklumat tertentu yang anda kongsi.

·         Pembekal Pihak Ketiga: Kami bekerjasama dengan pembekal pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan, menyediakan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami. Apabila berkongsi maklumat dengan pembekal pihak ketiga, kami mensyaratkan mereka menggunakan maklumat anda mengikut arahan dan terma kami atau dengan kebenaran jelas daripada anda.

·         Perkhidmatan Pihak Ketiga: Apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang disepadukan dengan Perkhidmatan kami, mereka mungkin menerima maklumat tentang perkara yang anda kongsi dengan mereka. Contohnya, jika anda menggunakan perkhidmatan sandaran data yang disepadukan dengan Perkhidmatan kami (seperti iCloud atau Google Drive), mereka akan menerima maklumat tentang perkara yang anda kongsi dengan mereka. Jika anda berinteraksi dengan perkhidmatan pihak ketiga yang dipautkan melalui Perkhidmatan kami, anda mungkin memberikan maklumat terus kepada pihak ketiga tersebut. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, terma dan polisi privasi mereka sendiri akan mengawal penggunaan perkhidmatan tersebut.

 

SYARIKAT BERKAITAN

 

Kami adalah sebahagian daripada Syarikat-Syarikat Kumpulan Toga Berhad. Sebagai sebahagian daripada Syarikat-Syarikat Kumpulan Toga Berhad, Yippi menerima maklumat dari, dan berkongsi maklumat dengan kumpulan syarikat-syarikat ini. Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami terima daripada mereka, dan mereka mungkin menggunakan maklumat yang kami kongsi dengan mereka, untuk membantu mengendalikan, menyediakan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong, dan memasarkan Perkhidmatan kami dan tawaran mereka. Ini termasuk membantu memperbaiki infrastruktur dan sistem penghantaran, memahami cara Perkhidmatan kami atau mereka digunakan, menjaga keselamatan sistem, dan memerangi spam, penyalahgunaan, atau aktiviti pelanggaran. Toga Berhad dan syarikat-syarikat lain di dalam Syarikat-Syarikat Kumpulan Toga Berhad juga mungkin menggunakan maklumat dari kami untuk meningkatkan pengalaman anda dalam perkhidmatan mereka seperti membuat cadangan produk (contohnya, kawan atau kenalan, atau kandungan yang menarik) dan menunjukkan tawaran dan iklan yang berkaitan.

 

PERUNTUKAN, PERTUKARAN KAWALAN, DAN PEMINDAHAN

 

Semua hak dan kewajipan kami di bawah Polisi Privasi kami adalah bebas diperuntukkan oleh kami kepada mana-mana sekutu kami, dalam kaitan penggabungan, pengambilalihan, penyusunan semula, atau penjualan aset, atau melalui tindakan undang-undang atau sebaliknya, dan kami mungkin memindahkan maklumat anda kepada mana-mana sekutu, entiti pengganti atau pemilik baru kami.

MENGURUSKAN MAKLUMAT ANDA

 

Jika anda ingin mengurus, menukar, mengehadkan, atau memadamkan maklumat anda, kami membenarkan anda melakukannya melalui alat-alat berikut:

·         Tetapan Perkhidmatan: Anda boleh menukar tetapan Perkhidmatan anda untuk menguruskan maklumat tertentu yang tersedia kepada pengguna lain. Anda boleh menguruskan kenalan, kumpulan, dan senarai siaran, atau menggunakan ciri sekat kami untuk menguruskan pengguna yang berkomunikasi dengan anda.

·         Menukar Nombor Telefon Mudah Alih, Nama Profil dan Gambar, dan Mesej Status Anda: Anda perlu menukar nombor telefon mudah alih anda menggunakan ciri tukar nombor dalam aplikasi kami dan memindahkan akaun anda ke nombor telefon mudah alih baru anda. Anda juga boleh menukar nama profil, gambar profil dan mesej status anda pada bila-bila masa.

·         Memadamkan Akaun Yippi Anda: Anda boleh memadamkan akaun Yippi anda pada bila-bila masa (termasuk jika anda ingin membatalkan kebenaran anda kepada kami untuk menggunakan maklumat anda) menggunakan ciri padamkan akaun saya dalam aplikasi kami. Apabila anda memadamkan akaun Yippi, mesej anda yang tidak dihantar dihapuskan dari pelayan kami dan juga apa-apa maklumat lain yang kami tidak perlukan lagi untuk mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan kami. Ingat bahawa jika anda hanya memadamkan Perkhidmatan kami dari peranti anda tanpa menggunakan ciri padamkan akaun saya dalam aplikasi kami, maklumat anda mungkin disimpan bersama kami untuk tempoh yang lebih lama. Sila ingat bahawa apabila anda memadamkan akaun anda,   ia tidak menjejaskan maklumat pengguna lain miliki berkaitan anda, seperti salinan mesej yang anda hantar kepada mereka.

 

UNDANG-UNDANG DAN PERLINDUNGAN

 

Kami mungkin mengumpul, menggunakan, memelihara, dan berkongsi maklumat anda jika kami mempunyai kepercayaan yang baik bahawa ia adalah perlu untuk: (a) bertindak menurut undang-undang atau peraturan yang berkenaan, kepada proses undang-undang, atau atas permintaan kerajaan; (b) menguatkuasakan Terma kami serta terma dan polisi lain yang berkenaan, termasuk untuk penyiasatan kemungkinan pelanggaran; (c) mengesan, menyiasat, mencegah, dan menangani fraud dan aktiviti haram lain, sekuriti, atau masalah teknikal; atau (d) melindungi hak, harta, dan keselamatan pengguna-pengguna kami, Yippi, Syarikat-Syarikat Kumpulan Toga Berhad, atau lain-lain.

OPERASI GLOBAL KAMI

 

Anda bersetuju dengan amalan maklumat kami, termasuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, dan perkongsian maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini, serta pemindahan dan pemprosesan maklumat anda ke Malaysia dan negara-negara lain di mana kami mempunyai atau menggunakan kemudahan, pembekal perkhidmatan, atau rakan kongsi, tanpa mengira di mana anda menggunakan Perkhidmatan kami. Anda mengakui bahawa undang-undang, peraturan dan standard negara-negara di mana informasi anda disimpan atau diproses mungkin berbeza dengan yang ada di negara anda sendiri.

KEMAS KINI KEPADA POLISI KAMI

 

Kami mungkin meminda atau mengemas kini Polisi Privasi kami. Kami akan beri anda notis pindaan kepada Polisi Privasi ini, sewajarnya, dan mengemaskini tarikh "Terakhir Diubah Suai" di bahagian atas Polisi Privasi ini. Penggunaan berterusan Perkhidmatan kami mengesahkan penerimaan anda terhadap Polisi Privasi kami, seperti yang dipinda. Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi Privasi kami, seperti yang dipinda, anda perlu berhenti menggunakan Perkhidmatan kami. Sila semak Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

HUBUNGI KAMI

 

Jika anda ada soalan tentang Polisi Privasi kami, sila hubungi kami di:

 

Toga Limited,

1000 N West Street,

Suite 1200, Wilmington,

Delaware, 19801 USA.

Tel: (+6)03-2856-6208

       (+1)302-295-3839

 

Sertai Yippi Sekarang
 
Muat turun Yippi dan nikmati aplikasi yang pantas, selamat, mudah dan percuma.