MEDAN TENAGA MANUSIA 
Medan tenaga manusia sama seperti "Chi" yang disebut dalam Perubatan Tradisional Cina. Semua orang memiliki "Chi" dan "Medan Tenaga" di sekeliling dan di dalam badan mereka, yang terdiri daripada pelbagai frekuensi dan getaran.
 
 
Medan Magnet Sel
 
Lapan sistem fisiologi manusia terdiri daripada organ, tisu dan sel yang berkaitan.
Sebagai unit asas di dalam badan manusia, sel juga terdiri daripada molekul dan atom. Jadi, fungsi sel saling berkait dengan keseimbangan tenaga medan magnet molekul dan atom secara keseluruhannya.
Apabila medan magnet sel mengalami gangguan, medan tenaga sel secara keseluruhannya akan terjejas, mengurangkan fungsi sel. Akibatnya, tubuh manusia akan mengalami keadaan yang digelar subkesihatan.



Kepentingan Air Kepada Badan Manusia
 
Bersama frekuensi, medan magnet dan tenaga, air terbentuk oleh molekul dan atom. Sebagai substrat darah, air memainkan peranan dan fungsi yang sepadan apabila memakan dan mencernakan nutrisi dan ubat yang merawat penyakit, yang dilarutkan di dalam air untuk dihantar ke sel-sel dan organ visera.


Air Kumpulan Mikro-Molekul
 
Struktur air mikro-molekul dan makanan terhidrat bertenaga tinggi dibentuk dengan Aplikasi WAVE boleh mengaktifkan tenaga medan magnet dengan segera selepas memasuki badan manusia. Ini boleh membantu proses pemulihan semula jadi badan, membolehkannya dilaraskan semula kepada keadaan optimum.



Gelombang Akustik The WAVE
 
Terapi muzik bukan saja memainkan peranan positif dalam badan manusia, tapi ia juga boleh menggalakkan kesihatan haiwan, tubuh-tumbuhan dan sel.
Gelombang akustik Aplikasi WAVE menghasilkan "resonans frekuensi bersama" dengan organ, tisu dan sel-sel manusia. Dengan itu, getaran dan aktiviti sel yang teratur akan meningkat secara mendadak.
Teknologi Resonans Bio Konektif
 
Tugas utama WAVE ialah untuk mengaktifkan tenaga sel dan aktiviti tenaga secara keseluruhan badan manusia, yang secara langsung membantu dalam proses kesihatan semula jadi.



Hasil Ujian Terkini
 
Rupert Sheldrake mempostulatkan bahawa setiap benda hidup dikelilingi oleh medan tenaga dan maklumat yang memberi kesan secara langsung kepada entiti biologi yang ada di dalamnya. Medan ini dikenali sebagai Medan Morphic.

WAVE berfungsi melalui penyampaian frekuensi khusus dan struktur getaran melalui gelombang bunyi dan foton cahaya.



Pembayangan Pelepasan Gas
 
Kajian yang dijalankan oleh Profesor Konstantin Korotkov, Ph.D. di Rusia menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang yang didedahkan kepada WAVE mengalami pengurangan tahap tekanan dan 10 daripada 10 orang menunjukkan peningkatan dalam medan tenaga seperti yang diukur oleh mesin Pembayangan Pelepasan Gas (GDV), yang diiktiraf sebagai peranti diagnostik perubatan di Rusia. 


Dalam satu siri percubaan penerokaan, pengaruh aplikasi Wave diuji ke atas air, pucuk dan manusia.

Hasilnya

In all tests statistically significant effect was found.

Kesimpulan

Aplikasi Wave mungkin mempunyai kesan positif yang besar ke atas subjek air dan biologi.


















Profesor Konstantin Korotkov






(Berikut adalah dari laporan DR RUBIK)

Laporan berkenaan Kajian Awal ke atas Aplikasi Jasad Morfik: Kesan ke atas Keragaman Kadar Degupan Jantung

Ini adalah suatu kajian awal sahaja untuk melihat kesan ke atas keragaman kadar denyutan jantung (HRV) dari App; untuk mengira saiz kesan; dan untuk menentukan saiz kajian klinikal yang sesuai. Lapan subjek yang sihat, lelaki dan perempuan, 30-74 tahun, dikaji pra-pasca rawatan 5-minit dengan App di sebuah makmal di Emeryville, California.

HRV diukur selama 5 minit dalam intervensi pra-pasca tiga kali menggunakan pletismografi jari dan peranti pengukuran HRV yang diluluskan secara perubatan. Parameter berikut dianalisis: denyutan jantung (HR); sisihan piawai nod-ke-nod (SDNN); punca min kuasa dua bezaan jujukan (RMSSD); dan nisbah frekuensi rendah ke frekuensi tinggi (LF / HF).

Hasil menunjukkan trend dalam SDNN (p=0.051) dan RMSSD (p=0.065) menggunakan ujian-t. Terdapat peningkatan dalam parameter berikut selepas intervensi (SDNN, 31%; RMSSD, 44%). Walau bagaimanapun, nilai ini tidak mengambil kira kesan placebo, yang dianggarkan 15% daripada kajian terdahulu tentang aplikasi tenaga lembut menggunakan ukuran HRV bagi parameter yang sama.


Pencipta: Gregory Becker

    

Gregory Becker ialah Pengarah Urusan 2Vibrant Private Limited di Singapura.

Gregory menghabiskan lebih 30 tahun menyempurnakan kebolehannya sebagai pembikin filem  
dan pencerita sementara menguruskan syarikat produksi filem dan video miliknya, Emaginate  Incorporated of San Francisco California. Ketika inilah beliau telah menanam minat yang  mendalam terhadap ilmu metafizik dan rohani. Beliau bekerja dengan beberapa bomoh dan  pawang orang asli Amerika untuk mengembangkan pemahamannya berkenaan hubungan asli  semula jadi kepada alam semesta. Juga pada waktu ini, beliau menjadi anggota Hari Krishas  buat seketika untuk menambah pengetahuannya berkenaan cara budaya berbeza memproses pengetahuan kerohanian mereka.  
Pada 2009, Gregory menerbitkan bersama dan mengarahkan filem dokumentari "The Living  Matrix” yang memperkenalkan dirinya kepada pelbagai saintis maju yang berusaha untuk  memahami dan mengesahkan fenomena penyembuhan tenaga. Pengalaman inilah dan  pengalaman krisis kesihatan beliau sendiri yang membawa Gregory kepada perubahan besar  kepada haluan kerjayanya dan beliau mula mengamalkan pemahamannya ke atas metafizik  dengan sains, khususnya penemuan baru yang berlaku di dalam fizik kuantum.
Pada 2011, Gregory bekerjasama dengan ramai saintis di seluruh dunia untuk membangunkan Teknologi Denyutan Morphic. Selepas lima tahun pembangunan, teknologi itu telah dimajukan  dengan setelah banyak cabaran teknikal diatasi dan keberkesanan Teknologi Denyutan  Morphic diperkuatkan.
Gregory telah mendalami penyelidikan bebas tambahan ke dalam tenaga getaran resonans dan  telah membangunkan suatu teknik baru yang membolehkan pengambilan dan penghasilan  semula pati tenaga. Teknik ini mengambil getaran resonans asas bahan dan membolehkan pati semula pati tenaga. Teknik ini mengambil getaran resonans asas bahan dan membolehkan pati produk semula jadi secara radikal, membawakan semuanya ke tahap keberkesanan yang baru. 
Gregory telah membentuk sebuah syarikat baru, 2Vibrant Private Limited, khusus untuk membawa kepada produk dunia yang berasaskan penemuan terbarunya berkenaan kebolehan getaran resonans untuk mempengaruhi badan manusia. Hari ini, 2Vibrant telah membangunkan aplikasi udah alih dan peranti yang menggunakan Frekuensi Denyutan Elektromagnet digabungkan dengan Gelombang Scalar dan Frekuensi Medan Maklumat yang memberi kesan baik secara terus kepada anda.



 
Lembaga Penasihat Sains 2Vibrant
2Vibrant bekerjasama rapat dengan dua orang saintis terkenal dunia melakukan penyelidikan ke atas Biofield manusia. Berikut adalah biografi mereka;

Biografi Profesor Konstantin Korotkov


Profesor, Dr. Konstantin G. Korotkov
Konstantin Georgievich Korotkov pencipta of KAMERA GDV

Konstantin G. Korotkov, Ph.D., Profesor

Universiti Penyelidikan Teknologi Maklumat, Mekanik dan Optik Kebangsaan St. Petersburg;
Institut Penyelidikan Kebudayaan Penjagaan Badan dan Sukan St. Petersburg;
Gabungan Antarabangsa Bioelektrografi Perubatan dan Gunaan
Konstantin Korotkov memegang jawatan berikut dalam kerjayanya:
  • Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Persekutuan Kebudayaan Penjagaan Badan-Petersburg.
  • Profesor Sains Komputer dan Biofizik di Universiti Teknologi Maklumat, Mekanik dan Optik Persekutuan Saint-Petersburg.
  • Profesor Penyelidikan di Akademi Budaya Penjagaan Badan Saint Petersburg.
  • Presiden Gabungan Antarabangsa untuk Bioelektrografi Perubatan dan Gunaan.
  • Ahli Lembaga Editorial: «Jurnal Perubatan Alternatif dan Komplementari», “Jurnal Sains Hasil Penyembuhan”.

 

Dr. Beverly Rubik Ph. D.


  • Ph. D. dalam Biofizik di Universiti California, Berkeley
  • Presiden dan Pengasas Institut Sains Perbatasan
  • Terkenal di peringkat antarabangsa kerana penyelidikan beliau dalam biofield, medan tenaga - dengan maklumat sistem kehidupan
  • Pendidik kesihatan kepada pelanggan individu dan korporat
  • Profesor, Universiti Perubatan Tenaga
  • Profesor, Universiti Perubatan Tenaga University
  • Penceramah popular berkenaan topik dalam bidang sains dan perubatan, termasuk sains air baru; medan elektromagnet dan kehidupan; perubatan tenaga; perubatan minda badan; dan biofield  
  • Menerbitkan 2 buah buku dan lebih 90 dokumen
  • Anggota fakulti, Kolej Perubatan Integratif dan Sains Kesihatan
  • Penerima anugerah – Integriti dalam Sains, Yayasan Weston A. Price, 2015
  • Penerima anugerah - Anugerah Alyce dan Elmer Green untuk Inovasi dalam Sains, 2009
Sorotan Biografi

Anggota, Lembaga Penasihat Program, Pejabat Perubatan Alternatif di Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH), 1992-7.
Mempengerusikan panel NIH berkenaan perubatan bioelektromagnet dan perubatan manual Pengasas & Pengarah, Institut Sains Perbatasan, sejak 1996 



“Biofield, medan tenaga sistem benda hidup, menawarkan perspektif baru yang melengkapi pandangan biokimia arus perdana terhadap kehidupan. Ia Wi-Fi asal alam semula jadi – asas kepada sistem komunikasi baru dalam biologi – di mana medan yang tidak kelihatan menyampaikan maklumat bio penting.”
- Dr. Beverly Rubik, Ph.D.

Perhubungan Saintifik Tambahan
Pengasas 2Vibrant, Gregory Becker, telah berunding secara langsung dengan Profesor Fritz Popp dari Jerman berkenaan penemuannya bahawa tubuh manusia memancarkan cahaya. Selain itu, 2Vibrant mempunyai hubungan bersekutu dengan Institut Sains Noetik (IONS) di California Utara, Amerika Syarikat dan Institut HeartMath serta Pengarah Penyelidikan Sains mereka, Dr. Rollin McCraty, juga berada di California Utara, Amerika Syarikat.
Sertai Yippi Sekarang
 
Muat turun Yippi dan nikmati aplikasi yang pantas, selamat, mudah dan percuma.